cursor

style>body {cursor:url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/smi-2/smi164.cur), url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/smi-2/smi164.cur), auto;}

Tuesday, 18 October 2016

MEMBINA SUASANA ALAM SEKELILING

MEMBINA SUASANA ALAM SEKELILING 


Oleh sebab kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30
 minit atau lebih sedikit serta tajuk perbincangan adalah serius ,
 maka tempat yang sesuai amat diperlukan . kerusi meja yang sesuai perlu digantikan seperti kerusi yang tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang goyang sehingga menggangu tumpuan atau pemikiran . keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas tidak terlalu sempit dan tidak terlalu bising . tidak ada bau yang tidak menyenagkan seperti bau  tandas yang berdekatan dengan setting sesi kaunseling . selain itu, tempat menjalankan sesi kaunseling mestilah kemas supaya tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor .





KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

                    MENDENGAR 


terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu seperti dibawah :

kemahiran 1 : memiliki sifat menghormati dan menerima 

kemahiran 2 : memahami sudut pandangan kliean
 
kemahiran 3: menghantar mesej suara yang baik

kemahiran 4 :menghantar mesej badan yang baik 

kemahiran 5: gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka .

kemahiran 6: prafasa

kemahiran 7 : membuat refleksi perasaan 

kemahiran 8: menunjukkan kefahaman konteks perbualan 

kemahiran 9: mengurus resisten di peringkat awal

kemahiran 10: elakkan perkataan jangan 




KEPENTINGAN KAWASAN SEKITAR UNTUK MENJALANKAN SESI KAUNSELING




RUANG UNTUK BERKOMUNIKASI 

Setiap individu mempunyai ruang di sekeliling tubuh badannya. Ruang itu membesar atau mengecil bergantung kepada keadaan. Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang ini penting bagi menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan baik dan berkesan tanpa gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor haruslah sensitif akan perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam menentukan ruang antara kaunselor dengan klien. Antara perkara yang perlu dibincangkan termasuklah agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan.


KEMAHIRAN MEMBINA PERHUBUNGAN 

Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu diambilkira iaitu;
      • membina suasana alam sekeliling
      • suasana terapeutik
      • ruang untuk berkomunikasi
      • penampilan diri
      • ekspresi muka
      • kontak mata
      • cara duduk dalam sesi kaunseling
      • pergerakan tangan dan kaki
      • senyuman
      • nada suara
      • menggalakkan klien bercakap

Saturday, 15 October 2016

JENIS KAUNSELING


Jenis kaunseling terbahagi kepada tiga . Yang pertama kaunseling individu, yang kedua kaunseling kelompok dan yang ketiga adalah kaunseling keluarga.


1.    KAUNSELING INDIVIDU 

Hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa melibatkan mana-mana pihak . Ia melibatkan isu peribada dan peningkatan kendiri.





2.   KAUNSELING KELOMPOK 

kaunseling yang melibatkan seramai 7-15 ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat dan maklumat. ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi kerjaya, peningkatan kemahiran dan sebagainya .




3.  KAUNSELING KELUARGA 

kaunseling yang meliputi isu-isu peningkatan kemahiran berkeluarga , keibubapaan , permasalahan kekeluargaan . kaunselor mungkin mengadakan sesi kaunseling bersama ahli keluarga .


Wednesday, 12 October 2016

         CIRI - CIRI KAUNSELOR BERJAYA ?


EMPATI 


1 . empati bukan simpati . kaunselor cuba memasuki ruang rujuk klien supaya dapat merasai apa yang klien lalui walaupun pihak kaunselor tidak mempunyai pengalaman tersebut . hal ini akan menyebabkan kaunselor dapat memahami dan merasai supaya jalan penyelesaian dapat dilakukan.




KONGRUEN 

2. kaunselor perlulah bersifat ikhlas,tidak buruk sangka , telus dan tidak berpura -pura semasa sesi kaunseling dijalankan . hal ini demikian kerana jika kaunselor bersifat kongruen , klien akan dapat merasai suasana teraputik dan klien dapat meneroka dirinya .ia juga memudahkan sesi kaunseling kerana klien dapat berkongsi sebanyak mungkin perkara .

TERIMA TANPA SYARAT 

3. terima tanpa syarat bermaksud kaunselor menerima klien tanpa syarat . kaunselor menerima klien seadanya dan percaya setiap manusia mempunyai potensi yang boleh dibentuk .