cursor

style>body {cursor:url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/smi-2/smi164.cur), url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/smi-2/smi164.cur), auto;}

Wednesday, 9 November 2016

TIMELINE :)


                       INSPIRED BY :)


kadang kita boleh menjadikan seseorang sebagai inspirasi yang boleh membawa diri kita menjadi seorang yang lebih baik. yang boleh menaikkan semangat diri kita dan membuatkan diri kita bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat. 







TIMELINE :)

                             

                                                   THE POWER OF SUPPORT


     MANUSIA PERLUKAN SOKONGAN UNTUK MELANGKAH KEHADAPAN


     MANUSIA MEMERLUKAN SOKONGAN UNTUK MEMULAKAN LANGKAH


     MANUSIA MEMERLUKAN SOKONGAN UNTUK MEMILIH JALAN


     MANUSIA MEMERLUKAN SOKONGAN UNTUK BANGKIT SEMULA


     MANUSIA MEMERLUKAN SOKONGAN UNTUK GEMBIRA BERSAMA




















Tuesday, 8 November 2016

TAKE A NAPS :)

   
          POSITIVE AND NEGATIVE THINKING 




TAKE A NAPS ;)



DREAM BIG , POSITIVE THINKING





YOU CAN DO IT :)

ADAKAH ANDA MEMPUNYAI KEYAKINAN DIRI YANG TINGGI ? 

BAGAIMANA ANDA MENGATASI SIFAT TAKUT UNTUK MENONJOLKAN DIRI ?

BAGAIMANA PERSEDIAAN ANDA?

ADAKAH ANDA SEORANG YANG BERKEYAKINAN?

ATAU SEBALIKNYA ?

mengapa ada mereka yang takut ingin menonjolkan diri sehingga tahap keyakinan diri mereka terjejas ?



PUNCA MENGAPA MEREKA KURANG KEYAKINAN TERHADAP DIRI SENDIRI 

1) TAKUT TERHADAP KEGAGALAN

2) TIDAK MAHU MENGAMBIL RISIKO 

3) KURANG ILMU PENGETAHUAN 

4) MERASAKAN DIRI TIDAK LAYAK 

5) KURANG BERSOSIAL DENGAN ORANG RAMAI 
6) TIDAK BERANI MENCUBA 

7) BERFIKIRAN NEGATIF 





SPREAD POSITIVES VIBES

ASSALAMUALAIKUM SEMUA  ;)

semoga sihat sentiasa , berjumpa lagi dalam entry terbaru kali ini . kita akan berkongsi tentang sesuatu yang kita rasa mudah tapi adakah anda semua mampu lakukan?

 " SPREAD POSITIVES VIBES " .

 Apa itu positive vibes ??? Apa yang anda tahu tentang positives vibes ini? nampak mudah bukan .
 okey pada pendapat saya ,positive vibes itu sendiri bermaksud sesuatu perkara, pemikiran, perlakuan, yang baik yang memberi manfaat kepada seseorang individu . vibes pula satu gelombang , getaran dimana perkara-perkara positif ini dapat disalurkan secara meluas .

apa yang kita harus lakukan untuk spread positive vibes ? perkara paling penting sekali ialah sifat, pemikiran, kelakuan positif itu berpunca dalam diri kita sendiri . untuk menjadi seorang yang positif . apa yang perlu dilakukan ialah :


                                        sentiasa berfikiran positif 





sentiasa senyum 





bijak mengawal stress





sentiasa moving forward 





sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T 







dikelilingi oleh orang positif 



 jika anda ingin bahagia dalam kehidupan, just be positive person :)


Tuesday, 18 October 2016

MEMBINA SUASANA ALAM SEKELILING

MEMBINA SUASANA ALAM SEKELILING 


Oleh sebab kaunseling selalunya mengambil masa kira-kira 30
 minit atau lebih sedikit serta tajuk perbincangan adalah serius ,
 maka tempat yang sesuai amat diperlukan . kerusi meja yang sesuai perlu digantikan seperti kerusi yang tidak menyakitkan pinggang atau bergoyang goyang sehingga menggangu tumpuan atau pemikiran . keadaan bilik haruslah tidak terlalu panas tidak terlalu sempit dan tidak terlalu bising . tidak ada bau yang tidak menyenagkan seperti bau  tandas yang berdekatan dengan setting sesi kaunseling . selain itu, tempat menjalankan sesi kaunseling mestilah kemas supaya tidak menyakitkan penglihatan klien dan kaunselor .





KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING

                    MENDENGAR 


terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu seperti dibawah :

kemahiran 1 : memiliki sifat menghormati dan menerima 

kemahiran 2 : memahami sudut pandangan kliean
 
kemahiran 3: menghantar mesej suara yang baik

kemahiran 4 :menghantar mesej badan yang baik 

kemahiran 5: gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka .

kemahiran 6: prafasa

kemahiran 7 : membuat refleksi perasaan 

kemahiran 8: menunjukkan kefahaman konteks perbualan 

kemahiran 9: mengurus resisten di peringkat awal

kemahiran 10: elakkan perkataan jangan 




KEPENTINGAN KAWASAN SEKITAR UNTUK MENJALANKAN SESI KAUNSELING




RUANG UNTUK BERKOMUNIKASI 

Setiap individu mempunyai ruang di sekeliling tubuh badannya. Ruang itu membesar atau mengecil bergantung kepada keadaan. Dalam kaunseling, kemahiran mengurus ruang ini penting bagi menentukan proses kaunseling dapat berjalan dengan baik dan berkesan tanpa gangguan fizikal dan psikologikal. Kaunselor haruslah sensitif akan perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam menentukan ruang antara kaunselor dengan klien. Antara perkara yang perlu dibincangkan termasuklah agama, jantina, umur, budaya dan latar belakang etnik serta tajuk perbincangan.


KEMAHIRAN MEMBINA PERHUBUNGAN 

Dalam membina kemahiran perhubungan, beberapa perkara perlu diambilkira iaitu;
      • membina suasana alam sekeliling
      • suasana terapeutik
      • ruang untuk berkomunikasi
      • penampilan diri
      • ekspresi muka
      • kontak mata
      • cara duduk dalam sesi kaunseling
      • pergerakan tangan dan kaki
      • senyuman
      • nada suara
      • menggalakkan klien bercakap

Saturday, 15 October 2016

JENIS KAUNSELING


Jenis kaunseling terbahagi kepada tiga . Yang pertama kaunseling individu, yang kedua kaunseling kelompok dan yang ketiga adalah kaunseling keluarga.


1.    KAUNSELING INDIVIDU 

Hanya melibatkan kaunselor dengan klien tanpa melibatkan mana-mana pihak . Ia melibatkan isu peribada dan peningkatan kendiri.





2.   KAUNSELING KELOMPOK 

kaunseling yang melibatkan seramai 7-15 ahli yang mempunyai keseragaman dalam minat dan maklumat. ia meliputi kaunseling yang berkaitan dengan isu organisasi kerjaya, peningkatan kemahiran dan sebagainya .




3.  KAUNSELING KELUARGA 

kaunseling yang meliputi isu-isu peningkatan kemahiran berkeluarga , keibubapaan , permasalahan kekeluargaan . kaunselor mungkin mengadakan sesi kaunseling bersama ahli keluarga .


Wednesday, 12 October 2016

         CIRI - CIRI KAUNSELOR BERJAYA ?


EMPATI 


1 . empati bukan simpati . kaunselor cuba memasuki ruang rujuk klien supaya dapat merasai apa yang klien lalui walaupun pihak kaunselor tidak mempunyai pengalaman tersebut . hal ini akan menyebabkan kaunselor dapat memahami dan merasai supaya jalan penyelesaian dapat dilakukan.




KONGRUEN 

2. kaunselor perlulah bersifat ikhlas,tidak buruk sangka , telus dan tidak berpura -pura semasa sesi kaunseling dijalankan . hal ini demikian kerana jika kaunselor bersifat kongruen , klien akan dapat merasai suasana teraputik dan klien dapat meneroka dirinya .ia juga memudahkan sesi kaunseling kerana klien dapat berkongsi sebanyak mungkin perkara .

TERIMA TANPA SYARAT 

3. terima tanpa syarat bermaksud kaunselor menerima klien tanpa syarat . kaunselor menerima klien seadanya dan percaya setiap manusia mempunyai potensi yang boleh dibentuk .

Tuesday, 27 September 2016

KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI

ASSALAMUALAIKUM
 hai saya Amera binti Asni . saya berumur 20 tahun . boleh panggil saya amera .saya merupakan pelajar tahun satu dalam jurusan bachelor pendidikan (bimbingan dan kaunseling). saya ditugaskan oleh Dr wan Marzuki untuk menyediakan satu tugasan iaitu membina blog yang bertajuk " KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI".


APA ITU KAUNSELING

MAKSUD KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia.




apa yang anda tahu tentang KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI ?

Kaunseling untuk kesejahteraan ialah untuk  melihat khidmat kaunseling sebagai khidmat menolong . perkhidmatan kaunseling yang lebih profesional merangkumi kaunseling psikososial, kaunseling peribadi, kaunseling akademik, kaunseling kelompok, psikoterapi dan klinikal yang diuruskan oleh kaunselor berdaftar (KB).


TUJUAN KAUNSELING

Lima tujuan kaunseling iaitu:

1. Menolong mengubah tingkah laku seseorang.

2. Menambahkan kemahiran seseorang mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.

3. Menambahkan kemahiran seseorang membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut. 

 4. Membaiki perhubungan seseorang dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain.Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain.

5. Membantu perkembangan bakat seseorang. Kaunselor membantu seseorang mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.


Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa KAUNSELING MENOLONG SEORANG KLIEN :

 Memahami diri dan situasinya;
 Mengenal pasti keperluannya;
 Menerima realiti hidupnya;
 Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
 Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
 Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.


itu sahaja yang dapat saya rungkaikan tentang tajuk ini " KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI".
sekian terima kasih ^,^