cursor

style>body {cursor:url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/smi-2/smi164.cur), url(http://cur.cursors-4u.net/smilies/smi-2/smi164.cur), auto;}

Tuesday, 27 September 2016

KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI

ASSALAMUALAIKUM
 hai saya Amera binti Asni . saya berumur 20 tahun . boleh panggil saya amera .saya merupakan pelajar tahun satu dalam jurusan bachelor pendidikan (bimbingan dan kaunseling). saya ditugaskan oleh Dr wan Marzuki untuk menyediakan satu tugasan iaitu membina blog yang bertajuk " KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI".


APA ITU KAUNSELING

MAKSUD KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia.




apa yang anda tahu tentang KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI ?

Kaunseling untuk kesejahteraan ialah untuk  melihat khidmat kaunseling sebagai khidmat menolong . perkhidmatan kaunseling yang lebih profesional merangkumi kaunseling psikososial, kaunseling peribadi, kaunseling akademik, kaunseling kelompok, psikoterapi dan klinikal yang diuruskan oleh kaunselor berdaftar (KB).


TUJUAN KAUNSELING

Lima tujuan kaunseling iaitu:

1. Menolong mengubah tingkah laku seseorang.

2. Menambahkan kemahiran seseorang mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya.

3. Menambahkan kemahiran seseorang membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut. 

 4. Membaiki perhubungan seseorang dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain.Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain.

5. Membantu perkembangan bakat seseorang. Kaunselor membantu seseorang mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.


Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa KAUNSELING MENOLONG SEORANG KLIEN :

 Memahami diri dan situasinya;
 Mengenal pasti keperluannya;
 Menerima realiti hidupnya;
 Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya;
 Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya;
 Dan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.


itu sahaja yang dapat saya rungkaikan tentang tajuk ini " KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI".
sekian terima kasih ^,^